Road to 04.02.2017 - Part 3

30.07.2016 - WE ARE OFFICIALLY ENGAGED

We were officially engaged! A significant and unforgettable date sebab jatuh pada tarikh lahir aku, 30hb Julai 1985 (OMG, exactly 31 years old already that time..haha)

Bincang apa tu?? 

Besties! Always around. Love you all! 

Eh eh..dengan future MIL :D

Jodoh, bagi aku cepat ke lambat ke, aku tak pernah fikir ia akan menyusahkan aku. Aku cuma selalu fikir, kalau ada jodoh, kahwin la aku. Kalau aku takde jodoh, maka jangan biarkan aku kesesatan dan rasa keseorangan. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku.

Walaupun aku tak pernah bercinta, tak pernah rasa dicintai (by a man selain arwah ayah), tapi aku tak pernah rasa 'kosong' ataupun 'sunyi', Alhamdulillah. Sebab tu aku tak pernah rasa terdesak untuk cari seseorang untuk mengisi kekosongan hati aku ni. Ceewaahh..

Tapi, by 31 years old, alhamdulillah, jodoh aku sampai. Eh, merasa jugak aku bakal kawin ek. Haha.

Mungkin betul kata sepupu aku, "Kau kene keluar dari Tanjung Bin, baru jumpa jodoh". Masin mulut kau, Yod. Jumpa jugak jodoh aku, kat Pengerang. Hehe.


PERSIAPAN MAJLIS TUNANG

Asalnya, kami rancang buat kecil-kecilan je. Tak nak majlis, tak nak hantaran. Cuma dua keluarga bertemu, sampaikan hajat, sarung cincin. Itu plan aku dengan laki aku. Belum bincang lagi dengan family.

Aku mula approach family aku, aku sampaikan plan aku. Tak nak majlis besar, tak nak hantaran. Of course mak aku bantah, aku cuba pujuk, pujuk dan terus pujuk. Aku pujuk jugak abg sulung aku. Fuhhhhhhh, mencabar but lastly mereka setuju.

Untuk pengetahuan korang, adat orang Johor ni agk besar berbanding orang Terengganu. Kene jemput sekampung, jemput ketua kampung, eh mcm2 org.

Laki aku @ Tunang at that time, pun cakap dengan mak dia. Mak dia pun tak setuju. Rupanyaaaaaa...haha. Kau nak langgar je ek. Tak nak itu, tak nak ini.

Kami bincang semula. Dan buat keputusan, kami kene sediakan hantaran. Baru MIL aku lega. Dia kata, "itu caranya". Haha. Padan muka kami berdua! kihkih. Nak skip sangat kan. Persiapan barang hantaran semua last minit, tapi alhamdulillah semua cukup. Sekadar yang mampu sahaja.

Bukan hantaran je yang kene buat tau, siap pasang khemah. Meriah kata laki aku.
Orang Johor, mmg macam ni. Ruang dalam rumah kecik, so perlukan khemah untuk jamu para tetamu. Baru selesa.

Our hantaran..simple sahaja :)

7 dulang (dr pihak perempuan)

5 dulang (dr pihak lelaki)

Semasa majlis, diputuskan kami bertunang "Setahun Hidup" (Maksudnya, dalam tempoh setahun kami kene nikah. Tapi kalau nak extend pun boleh, sebab tu dia panggil 'hidup')

Berbeza dengan "Setahun Mati". Maksudnya, by hook or by crook, dalam tempoh setahun kau kene nikah jugak. Haa, tu adat namanya.

Tapi, adat ni manusia yang cipta kan. Bincangla dua keluarga kalau ada masalah untuk adakan majlis dalam tempoh yang d tu..ada pahammm?? Hu..hu..

Selepas 2 kali bincang, we decided to set 04.02.17 as our BIG Day. Finally, its coming..

Sijil Kahwin dah siap. Jom kawin..krik..krik..hehe
Dua-dua pergi kursus lepas tunang. Tak pernah teringin nak pergi kursus masa study ke, masa dah kerja ke..
Sebab takde pakwe time tu..hahaha

To be continued...



Comments

Popular Posts